Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu? Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan itu?
Iaitu cinta kepada Allah swt Tuhan yang Maha Esa yang Menjadikan dan yang Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.
Bila kita bicara tentang cinta, semestinya kita sinonim kepada “cinta-cinta monyet” dan disebabkn ini ramai memandang serong terhadap indah dan mulianya cinta itu. Tetapi kita tidak pula menggambarkan cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan illahi? Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”. Kita bicarakan cinta kepada ibu bapa, suami/isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan illahi? Kita bicarakan cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Kita bicarakan cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta.
Tapi persoalan bagaimanakah kita bermain cinta? Dari sudut kekeluargaan, terkandungnya individu-individu nukleas. Sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, bagaimanakah kita menunjukkan rasa kasih dan sayang serta cinta kita kepada tuhan pencipta alam? Suami sememangnya mencintai anak dan isterinya dengan menunjukkan kasih dan sayangnya melalui pengorbanan yang dicurahkan kepada keluarganya. Bukankah indah jika sekiranya, suami yang mencintai anak dan isteri ini meletakkan kecintaannya itu kepada Allah swt?
Bagaimana pula isteri menunjukkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan? Yang terutama sekali bagi isteri, alangkah indahnya jika taat dan patuh pada perintah suami yang beriman semuanya diletakkan kerana Allah swt. Suasana keluarga selalunya ditentukan oleh pengaruh seorang isteri.
Bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan kecintaannya terhadap Allah swt? Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, walaupun fikrah kita tidak sama dalam perjuangan, namun merekalah yang membesarkan kita. Tidakkah kita mahu melihat mereka turut serta dalam perjuangan kita? Tunjukkanlah kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perubahan walau sekecil manapun akan tetap dirasa oleh ibu bapa. Jadikan masa yang diluangkan kepada ibu dan bapa sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita peluang bersama dengan keluarga.
..........Cinta Ilahi melebihi segala-galanya. ......... ...
Tanpa Cinta
Kita hilang tenaga
Tanpa Cinta
Kita bakal memiliki jiwa yang gersang
tandus kasih sayang
Tanpa Cinta
Kita tiada arah
mencari panduan hidup
Cinta Ilahi....... ......
Cinta terhadap pemilik alam ini
Cintailah Dia melebihi segala-galanya
Jadilah kita orang yang paling berbahagia di dunia ini