? ??????????????Glowing Beach? ????? ?? ???Rating: 4.2 (10 Ratings)??1738 Grabs Today. 16508 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????Dark Woods? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??1578 Grabs Today. 9476 Total Grabs. ??????Preview?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 16, 2009

KITA ADALAH PELOPOR TAMADUN BARU.

This is a writing from my favourite motivator.. :

Ingat lagi kisah suatu hari sebuah kereta kecil? Ingat lagi kisah sebuah kereta besar lagi import yang mengatasi? Ingat lagi tentang sebuah motosikal besar berkuasa tinggi buatan Italy?

  Semua kisah kenderaan ini mampu memberi kita motivasi sambil merenung makna kehidupan. Ia sebahagian daripada aliran Islam Hadhari. Dalam Islam Hadhari, kita digalakkan menggunakan kereta besar lagi mewah untuk ke masjid. Dengan itu kita seolah-olah memberitahu kepada orang kafir, Islam yang aku anuti tidak menghalang aku menjadi kaya. Ia tidak menghalang aku berusaha gigih dan kuat bekerja. Apa yang aku miliki ini lambang kepada unggul diriku dan tuntasnya agama anutanku.

  Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam, Ustaz Haji Othman Hamzah, berkata, "Dulu orang pergi ke masjid berjalan kaki padahal dia ada kereta. Tujuannya supaya mendapat pahala lebih dan kelihatan zuhud serta bersifat hamba. Pun supaya tidak kelihatan sombong. Sebenarnya, kalau ada kereta Mercedes Benz mata belalang, bawalah kereta itu sewaktu ke masjid. Tunjukkan kekuatan umat Islam. Niat kerana ALLAH."

  Konsep Islam Hadhari diperkenalkan supaya umat Islam di Malaysia menjadi pelopor tamadun baru yang dapat memimpin masyarakat dunia dalam membawa perubahan yang membina dan bersifat holistik. Umat Islam bukan sahaja perlu bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lain malah perlu mempertingkatkan daya usaha, komitmen dan pengorbanan supaya negara kita terus dilihat sebagai negara contoh dan menjadi khaira ummah (umat terbilang).

  Umat terbilang apanya kalau berjalan kaki kerana benar-benar tidak mampu akibat malas bekerja. Umat terbilang apanya kalau berkopiah buruk ke masjid sedangkan ada kopiah baru - semata-mata takut sombong, riak, takbur, ujub dan semua yang seangkatan. Penampilan diri kita yang melambangkan kemewahan jika betul niatnya kerana ALLAH juga adalah satu bentuk dakwah. Malah pada pandangan saya, dakwah seperti ini lebih berkesan daripada dakwah mulut - cakap saja berdegar-degar, buatnya tidak.

  Seorang pendakwah yang memandu Hyundai Elantra bagi saya lebih dipercayai dan dihormati daripada yang memandu Proton Wira. Ukuran dunia sekarang mengikut apa yang engkau miliki - rumah jenis apa kamu tinggal dan kereta jenis apa yang kamu pandu.

  Membangun dalam konteks ketamadunan tidak bererti menolak persoalan ritual secara total tetapi melihat Islam sebagai satu sistem yang mantap dan sempurna. Tamadun tidak akan berkembang dengan baik dan tuntas tanpa adanya dorongan daripada penghayatan aspek kerohanian.

  Konsep hubungan dengan ALLAH dan hubungan sesama manusia dala aspek ketamadunan ini meletakkan manusia dengan dua tanggungjawab utama iaitu sebagai hamba kepada ALLAH dan khalifah yang mentadbir alam ini.

  Kha;ifah apanya kalau diri sendiri bagaikan tidak terurus. Penganut agama lain terus memacu laju dan anda masih terkial-kial di temapat yang sama. Mewarisi kepapaan dan sifat pasif orang dahulu bukan aliran yang sesuai lagi pada zaman kini.

  "Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenag-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita."

-DR. HM TUAH ISKANDAR-

0 comments: